Ketupat yang siap direbus |
Hari ni 4 Syawal dah...jem di mana-mana...pakat-pakat nak beraya kan .. Baru rasa suasana beraya kan...
Sementara mengharungi jem, menyempatkan diri mengupdate blog...bukan kita yang memandu pun ...hehe... dok sebelah pemandu kot...
Kali ni saya akan kongsikan cara merebus ketupat... Proses terakhir sebelum ready untuk di makan....
Ketupat sedia untuk direbus |
Cara merebus ketupat step by step :
Step 1 : Isi air di dalam periuk .Bubuh daun pandan & garam halus. Biar mendidih.
Step 2 : Bila air dah mendidih, masukkan ketupat.
Step 3 : Sentiasa check air supaya tak kering.Tambah air jika hampir kering.
Step 4 : Rebus hingga masak. Saya rebus
2 1/2 jam...masak elok.
Step 5 : Bila dah masak,angkat ketupat & toskan .Biar sejuk .
Gantung ketupat yang dimasak..nostalgia sangat macam zaman dolu-dolu...hehe... |
SELAMAT MENCUBA!!!😊